Sunday, December 16, 2012

Jordan : Syari3 Jame3ah, Irbid






Kesemua gambar-gambar ini bertarikh 17 March 2012. Saya ambil dari tingkat atas mat3am apa ya, tak ingat nama mat3am tu ngeh ngeh. Almaklum dah enam bulan balik Malaysia, lupa habis nama mat3am kat Irbid, dok teringat warung Wak Samit Jalan Salleh, Meru tu saja kan.

Yang kereta warna kuning-kuning tu semua sebenar nya ialah teksi. Cantik tak? :D Ish, teksi kat Irbid ni boleh tahan ganas jugak. Mitsubishi Lancer, Toyota Camry, silap-silap ada yang Mercedes. Eh ada ke? Rasa macam ada tapi ingat-ingat lupa lah. Kalau sebelum minyak naik harga ni, tambang biasa ialah JD1 atau 75 Qirsy atau 50 Qirsy (nusf dinar) mengikut destinasi lah. Biasa budak Malaysia yang kaya-raya ni bagi je JD1 equivalent to RM4.50. Ada juga 3ammu yang baik hati dia guna meter, so tak tipu lah kan. Yang jenis Abu Lahab pun ramai jugak dok menipu. Student tak student janji nak jugak-jugak JD1 tu hai. Kalau macam kami ni naik bas je lah aka Coaster macam yang dalam gambar ke tiga tu. Lebih murah tambang nya. Biasa dalam 15-27 Qirsy sahaja :)

Di sini macam budaya ke apa ye tak tahu lah. Tapi hon sana-hon sini tu memang perkara biasa. Lumrah alam di Jordan. Hatta teksi nak ambil penumpang pun dok hon-hon orang sebagai menyatakan pertanyaan "kamu nak naik teksi tak?" ha gitu lah lebih kurang nya. Awal-awal sampai Jordan, selalu dok rasa bersalah awat lah depa ni kerja hon saja. Kita ni salah jalan ka. Tak, rupanya itu 3adi, 3adi :) (bahasa Arab yang bermaksud biasa/adat/normal lah tu)

Ada nampak motor tak? Jarang-jarang lah ada nampak motor di Jordan ni. Dalam 100 (eh, ke 1000?) kereta mungkin ada seketul motor. Alasan yang pernah di beri oleh pensyarah saya di Markaz Lughah dulu, kata nya nanti kalau banyak motor, susah polis-polis ni dok nak ligan anak-anak Arab ni bawak motor laju-laju. Phew. Pun boleh kan alasan macam tu hehe. Is at least, jenayah ragut/samun dari motor macam kat Malaysia ni (mungkin) hampir kepada tiada lah gamak nya.

Unlike Saudi, pemandu-pemandu di sini yang dapat saya perhatikan rata-rata nya memandu dengan whoah! hehe, boleh tahan laju. Tetapi mereka sangat cermat. Sangat ikrom (bahasa Arab yang bermaksud mulia) kan wanita atau sesiapa sahaja yang mahu melintas. Tapi kalau laju sangat macam Brad Pitt tu risau juga kan kalau tak sempat nak tekan brek. Jangan la saja-saja nak melintas jalan.

Ok. Till finger(s) meet keyboard again.
Selamat beramal, dan salam tahajjud :)



umm3umar
16 Disember 2012
3.30 am
Meru, Klang

No comments:

Post a Comment