Wednesday, January 30, 2013

Jordan : Petra Part 1








Bismillah walhamdulillah.

Setelah nya seminggu memerap gambar ini di dalam hard disk, maka malam  pagi ini berkenan ia untuk di publish kan di khalayak ramai. Tidak lain tidak bukan, bukan lah untuk tujuan me-riya'-kan diri. Tetapi hanya untuk mempamerkan, ini lah Petra. Dengan penuh ukiran kesenian. Dengan penuh keajaiban Tuhan. Bagaimana lah batu-batuan ini boleh berubah bentuk nya dengan tiupan angin. Bergaris di sana, bergaris di sini. Subhanallah! Masha Allah!

Mari lah sama-sama kita mengambil ibrah di setiap kejadian langit dan bumi. Maha suci Allah.

Dengan izin dan kurnia Nya, selamat lah saya dan suami serta si kecil berehat minda, kali kedua bagi saya dan si kecil 'Ulya ke sini, dan kali pertama untuk suami. Yang kebetulan nya bercuti, datang mencari cinta dunia nya menaiki bas dari Makkah ke Jordan, hampir sehari. For all the sharing moments, we thank a lot to you, abi :)

Baik, kesemua gambar ini di ambil oleh Encik Suami. Gambar pertama dan kelima, merupakan saliran air. Gambar ke empat dinamakan The Treasury. Ini hanyalah check point yang ke tujuh, dan check point terakhir ialah The Deir, yang ke 34. Setakat ini belum pernah sampai ke sana lagi. InshaAllah berazam pada tahun akhir nanti bersama anak-anak :D



umm3umar
1.24am
Baytul 'Ulya. Irbid. Jordan.
30 January 2013

Sunday, December 16, 2012

Jordan : Syari3 Jame3ah, Irbid






Kesemua gambar-gambar ini bertarikh 17 March 2012. Saya ambil dari tingkat atas mat3am apa ya, tak ingat nama mat3am tu ngeh ngeh. Almaklum dah enam bulan balik Malaysia, lupa habis nama mat3am kat Irbid, dok teringat warung Wak Samit Jalan Salleh, Meru tu saja kan.

Yang kereta warna kuning-kuning tu semua sebenar nya ialah teksi. Cantik tak? :D Ish, teksi kat Irbid ni boleh tahan ganas jugak. Mitsubishi Lancer, Toyota Camry, silap-silap ada yang Mercedes. Eh ada ke? Rasa macam ada tapi ingat-ingat lupa lah. Kalau sebelum minyak naik harga ni, tambang biasa ialah JD1 atau 75 Qirsy atau 50 Qirsy (nusf dinar) mengikut destinasi lah. Biasa budak Malaysia yang kaya-raya ni bagi je JD1 equivalent to RM4.50. Ada juga 3ammu yang baik hati dia guna meter, so tak tipu lah kan. Yang jenis Abu Lahab pun ramai jugak dok menipu. Student tak student janji nak jugak-jugak JD1 tu hai. Kalau macam kami ni naik bas je lah aka Coaster macam yang dalam gambar ke tiga tu. Lebih murah tambang nya. Biasa dalam 15-27 Qirsy sahaja :)

Di sini macam budaya ke apa ye tak tahu lah. Tapi hon sana-hon sini tu memang perkara biasa. Lumrah alam di Jordan. Hatta teksi nak ambil penumpang pun dok hon-hon orang sebagai menyatakan pertanyaan "kamu nak naik teksi tak?" ha gitu lah lebih kurang nya. Awal-awal sampai Jordan, selalu dok rasa bersalah awat lah depa ni kerja hon saja. Kita ni salah jalan ka. Tak, rupanya itu 3adi, 3adi :) (bahasa Arab yang bermaksud biasa/adat/normal lah tu)

Ada nampak motor tak? Jarang-jarang lah ada nampak motor di Jordan ni. Dalam 100 (eh, ke 1000?) kereta mungkin ada seketul motor. Alasan yang pernah di beri oleh pensyarah saya di Markaz Lughah dulu, kata nya nanti kalau banyak motor, susah polis-polis ni dok nak ligan anak-anak Arab ni bawak motor laju-laju. Phew. Pun boleh kan alasan macam tu hehe. Is at least, jenayah ragut/samun dari motor macam kat Malaysia ni (mungkin) hampir kepada tiada lah gamak nya.

Unlike Saudi, pemandu-pemandu di sini yang dapat saya perhatikan rata-rata nya memandu dengan whoah! hehe, boleh tahan laju. Tetapi mereka sangat cermat. Sangat ikrom (bahasa Arab yang bermaksud mulia) kan wanita atau sesiapa sahaja yang mahu melintas. Tapi kalau laju sangat macam Brad Pitt tu risau juga kan kalau tak sempat nak tekan brek. Jangan la saja-saja nak melintas jalan.

Ok. Till finger(s) meet keyboard again.
Selamat beramal, dan salam tahajjud :)



umm3umar
16 Disember 2012
3.30 am
Meru, Klang

Friday, December 14, 2012

1-2-34 : Alhamdulillah

Bismillah. Walhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah, hari ini terbit lagi satu blog ummi. Pada hari Jumaat yang penuh barakah, hari kepada penghulu hari. Semoga penerbitan blog kali ini memberi manfaat kepada para pengunjung. Ter-inspirasi-kan dengan blog kaki berangan yang menukilkan pengalaman pengembaraan beliau ke serata alam, maka ummi melihat bahawasa nya ummi punya minat yang sama. Di lapangan yang sama; traveling dan photography. Cuma nya, ummi ni belum lah melawat banyak tempat. Semenanjung Malaysia habis lah. Sabah Sarawak belum jejak lagi. Negara luar tu adalah sikit, kalau nak sharing the photo kan. Student pun. Kerja baru 2-3 tahun, mana lah nak mengumpul saja-saja nak di buang buat berjalan ke sana ke mari. In the future bi iznillah bila dah stabil nanti :)

By the way, perkongsian di dalam blog ini mungkin santai. Tidak lah berbahasa-basi. Tidak, tidak, dan tidak. Dan kemungkinan besar hanya memaparkan gambar-gambar sahaja dan se-co-et caption, sebagai penerangan kepada gambar. Don't put high expectation on me ya. Tak pandai sangat bab-bab pengurusan budget nak berjalan-jalan ni. Selalu main redah je. Ye lah, mak ayah, suami yang belanja. Kan. Hehe.

As for the first, there is no pictures to be shown here. Ensha2llah after this will upload satu persatu.
Salam Jumaat semua. Jangan lupa banyak-banyak berdoa ye :)



umm3umar
1 Safar 1434H
14 Disember 2012
Meru, Klang.